Timbalan Presiden, CEO KDN FC letak jawatan tiada kaitan masalah gaji

Rozi Muhamad
Rozi Muhamad
A
A
A

PELETAKAN jawatan Timbalan Presiden Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz tidak mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji serta kekalahan pasukan dalam dua perlawanan awal.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, kedua-dua tokoh itu membuat keputusan bagi memberikan tumpuan kepada tugasan hakiki masing-masing.

"Ini adalah prosedur biasa. Sebenarnya, perancangan mereka untuk melepaskan jawatan telah dibuat sejak beberapa bulan lalu.

"Namun saya tidak benarkan sebab waktu itu urusan penjenamaan kelab perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, KDN FC akur dengan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai kehilangan besar buat pasukan.

Ujarnya, hal ini kerana kedua-dua mereka merupakan 'tulang belakang' dalam membangunkan pasukan KDN FC.

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Presiden dan CEO KDN FC meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa Ahad.

KDN FC dalam kenyataan memaklumkan, mereka melepaskan jawatan masing-masing kerana ingin memberi tumpuan penuh pada urusan lain yang lebih utama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!