Penanda Aras Sodium Global diterbitkan - WHO

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), baru-baru ini menerbitkan edisi kedua 'Penanda Aras Sodium Global' setelah edisi pertama dikeluarkan pada Mei 2021.

Ia terdiri daripada 10 penanda aras untuk pelbagai kategori makanan dan skop diperluaskan untuk edisi pada kali ini.

Ia menentukan tahap maksimum sodium dalam 70 sub kategori makanan dan objektif utamanya adalah untuk menjadi pelengkap kepada usaha berterusan peringkat nasional dan serantau dalam menetapkan sasaran penggunaan garam.

Penanda aras ini berguna kepada mana-mana negara dalam menetapkan dasar dan strategi mereka untuk dialog berterusan antara WHO dan sektor swasta di peringkat global.

Laporan itu memberi penekanan terhadap diet yang tidak sihat dan dikaitkan dengan kira- kira lapan juta kematian di seluruh dunia yang mana dua juta daripadanya akibat pengambilan garam yang tinggi.

Menurut WHO, pengambilan garam harian yang disyorkan adalah kurang daripada lima gram dan jika ia diambil secara berlebihan dapat meningkatkan risiko peningkatan tekanan darah dan penyakit kardiovaskular.

“Oleh kerana itu, penyesuaian penanda aras tempatan adalah penting untuk langkah tersebut,” jelas WHO lagi. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!