Anwar sampaikan Perutusan Negara malam ini
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan Perutusan Negara pada jam 9 malam ini.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Anwar memaklumkan perutusan itu diadakan secara langsung di semua saluran media tempatan.
"Ruang ini akan saya manfaatkan untuk menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Mohon rakan-rakan ikut serta, Insya-ALLAH," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!