MBI Selangor, Rasuah Busters dedahkan kanak-kanak nilai integriti

Program ini berjaya memecah rekod Malaysia Book Of Records menerusi penglibatan paling ramai iaitu 1,066 kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun dalam program Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di sini pada Isnin.
Program ini berjaya memecah rekod Malaysia Book Of Records menerusi penglibatan paling ramai iaitu 1,066 kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun dalam program Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di sini pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Program "Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign" menjadi titik permulaan kerjasama antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) dan Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters) dalam memberi pendedahan awal mengenai intergriti kepada kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Saipolyazan M Yusop berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan program dalaman bagi memastikan tiada pelanggaran tata kelola dan governans yang baik.

Saipolyazan M Yusop
Saipolyazan M Yusop

"Sebenarnya kami sudah lama bekerjasama dengan Rasuah Busters dan bukan itu sahaja banyak program kami anjurkan (bersama) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik masyarakat.

"Begitu juga anak-anak syarikat yang turut bekerjasama dengan SPRM dan Rasuah Busters bagi mengadakan program bersama masyarakat agar masyarakat dekat dengan SPRM, tidak hanya melihat SPRM sebagai pihak yang mengambil tindakan sebaliknya mendidik masyarakat tentang peri pentingnya integriti dan sebagainya," katanya.

Terdahulu, kerajaan Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor bersama MBI Selangor berjaya memecah rekod Malaysia Book Of Records menerusi penglibatan paling ramai iaitu 1,066 kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun dalam program Most Kindergartener Participants In An Integrity Awareness Campaign di sini pada Isnin.

Menteri Besar Selangor bergambar bersama Norhayati serta pasukan Rasuah Busters selepas program berakhir
Menteri Besar Selangor bergambar bersama Norhayati serta pasukan Rasuah Busters selepas program berakhir

Program disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari itu turut mendapat kerjasama Persatuan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan Selangor (PTNS).

Artikel Berkaitan:

Program pendedahan awal mengenai nilai integriti kepada kanak-kanak itu turut berlangsung secara hibrid iaitu di institusi masing-masing dan Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, di sini bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

"Hari ini kita mencipta rekod yang melibatkan kanak-kanak di awal usia mereka dengan memperkenalkan soal integriti supaya generasi bakal menjadi pemimpin 25 atau 30 tahun akan datang ini sedar pada mula lagi mengenai pentingnya intergriti," tambah Saipolyazan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Norhayati Nordin berkata, program tersebut penting pada peringkat kanak-kanak untuk menormalisasikan nilai murni dengan gaya hidup mereka.

Norhayati Nordin
Norhayati Nordin

Ujarnya, kesan yang ditanam dalam jiwa kanak-kanak menerusi program itu akan menghasilkan karakteristik yang memberi manfaat kepada negara pada masa hadapan.

"Kenapa Rasuah Busters sama-sama menyokong dan memberi input input kepada perlaksanaan program ini adalah kerana kita tahu bahawa dalam membanteras rasuah sebenarnya bermula daripada memupuk nilai-nilai yang murni sebagai karektor seseorang insan.

"Jadi permulaan karektor itu tentunya bermula dari rebungnya dan anak anak ini adalah kain putih bersih yang ingin kita corakkan dan kita ingin masukkan nilai yang betul dalam jiwa mereka supaya mereka tahu walaupun dari sekecil kecil membuang sampah dia memberi implikasi besar," katanya.

Tambahnya lagi, risiko yang mahu dihalang ialah risiko kemudaratan walaupun misalnya hanya bermula dengan membuang sampah yang sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar tetapi kepada diri kita sendiri di masa akan datang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!