Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berjaya mencatatkan kehadiran penyokong tertinggi dengan 19,988 dalam perlawanan kedua (LS2) Liga Super 2024/2025, Sabtu lalu.
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1 untuk terus unggul di tangga pertama liga.
Perlawanan di antara Perak menentang PDRM juga berjaya mencatatkan kehadiran kedua paling tinggi dengan 11,647 penyokong, Selangor menentang Kedah Darul Aman (KDA) pula menerima kehadiran 10,077 penyokong dengan tiket habis terjual.
JDT akan berkunjung ke Stadium Cheras dalam perlawanan ketiga liga berdepan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City, pada Sabtu ini. - Astro Arena / Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!