Datuk Bandar antara tiga maut serangan hendap di Cameroon

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

YAOUNDE - Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon, menurut tentera dan pegawai, lapor Xinhua.

Gabenor Adolphe Lele L’Afrique berkata, Datuk Bandar Ngong Innocent dari daerah Belo dan timbalan datuk bandar serta ketua pendidikan asas, Aaron Aghi Ngong telah diserang hendap dan dibunuh semasa dalam perjalanan untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Cameroon.

"Langkah-langkah telah diambil untuk mengesan dalang pembunuhan itu dan kami akan dimaklumkan mengenai semua perkembangan mengenai situasi itu," kata L'Afrique kepada media.

Cameroon merayakan Hari Kebangsaan ke-52 pada Isnin tetapi pejuang pemisah di wilayah Anglophone yang bertutur dalam berbahasa Inggeris di Barat Laut dan Barat Daya negara itu mengenakan sekatan pergerakan untuk mengganggu sambutan berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!