Kawalan keselamatan negara di tahap tertinggi - PDRM

Gambar kiri: Azmi, Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.
Gambar kiri: Azmi, Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersiap siaga dan memperketatkan kawalan keselamatan serta kententeraman negara pada tahap tertinggi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, PDRM mengambil langkah memperketatkan kawalan di bangunan kerajaan, tempat-tempat tumpuan awam dan fasaliti berkepentingan.

"Ketua Polis Negara sudah mengarahkan semua peringkat kepimpinan PDRM serta petugas di lapangan mengambil langkah-langkah komprehensif semasa menjalankan tugas dengan mematuhi pekeliling dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Azmi berkata, pihaknya memandang serius isu serangan dan ancaman yang berlaku di tempat awam termasuk di beberapa lokasi sensitif serta premis kerajaan baru-baru ini.

"Insiden yang berlaku di beberapa lokasi menimbulkan kegusaran kepada masyarakat umum mengenai tahap keselamatan dan ketenteraman negara," katanya.

Azmi berkata, masyarakat diseru untuk terus bekerjasama menyalurkan sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan negara kepada pihak berkuasa.

"PDRM tidak akan bertolak ansur kepada anasir yang cuba mengancam keselamatan dan menganggu-gugat ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata, tindakan tegas berlandaskan lunas undang-undang akan diambil tanpa mengira status dan latar belakang mereka yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

"PDRM turut memberi jaminan bahawa keselamatan awam negara berada pada tahap selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!