Andalusia himpun 329 peserta Program Bangkit Usahawan

Khairul Firdaus (empat dari kiri) selepas merasmikan Penutupan Program Bangkit Usahawan Umrah di ibu pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Desa Pandan pada Selasa.
Khairul Firdaus (empat dari kiri) selepas merasmikan Penutupan Program Bangkit Usahawan Umrah di ibu pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Desa Pandan pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Program Bangkit Usahawan Umrah anjuran Syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd (Andalusia) menghimpunkan seramai 29 peserta terdiri daripada ejen dan agensi umrah termasuk dari luar negara seperti Indonesia, Brunei serta Thailand pada Selasa.

Timbalan Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, program tersebut dapat membantu usahawan industri umrah dan haji menimba ilmu-ilmu penting bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kecekapan tenaga kerja di negara ini.

Ujar beliau, ia berikutan persaingan penjualan pakej-pakej umrah di peringkat pasaran domestik memerlukan pengetahuan mendalam untuk pertimbangan para pelanggan.

"Pada hari ini juga, forum turut dihadiri wakil peserta dari luar negara iaitu daripada Indonesia, Brunei dan Selatan Thailand.

"Saya berharap semoga semua ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini membawa pelbagai manfaat dan mampu dipraktikkan oleh agensi-agensi anda sebaik sahaja pulang ke negara masing-masing.

Khairul Firdaus (tengah) dan Ida Riswana (kiri) dalam sidang media selepas merasmikan Penutupan Program Bangkit Usahawan Umrah di ibu pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Desa Pandan pada Selasa.
Khairul Firdaus (tengah) dan Ida Riswana (kiri) dalam sidang media selepas merasmikan Penutupan Program Bangkit Usahawan Umrah di ibu pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Desa Pandan pada Selasa.

"Kita percaya kalau ilmu-ilmu ini dapat diperkembangkan bukan sahaja kepada pemain-pemain industri tetapi juga masyarakat terutamanya orang Islam, pastinya semua perjalanan itu dapat dilalui dalam keadaan yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Program Bangkit Usahawan Umrah di ibu pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd Desa Pandan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah; Pengasas Richworks International, Datuk Dr Azizan Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Digital Sdn Bhd, Najib Assadok.

Dalam pada itu, Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya buat julung kalinya menubuhkan unit perniagaan-ke-perniagaan (B2B) bagi aspek penjualan tiket-tiket penerbangan, hotel dan pakej kepada rakan-rakan industri.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bertujuan membantu usahawan industri umrah bangkit semula dengan modal yang rendah atau tanpa sebarang kos.

Ulas beliau, unit B2B untuk penjualan tiket-tiket penerbangan dan hotel akan diketuai Ketua Pengurusan B2B, Yazid Mohamad manakala urusan pakej pula dikendalikan oleh Ketua Pengurusan Umrah, Nurhayati Mohd Rodzi.

"Berhubung rapatlah bersama mereka berdua, saya yakin anda boleh bangkit semula tanpa modal atau dengan modal yang rendah.

"Akhir kata, harapan saya, dengan adanya kursus seperti ini diberikan oleh orang orang yang bertaraf antarabangsa, semoga kita boleh bangkit semula dalam apa cara sekali pun kerana ini adalah prasarana kami sediakan untuk anda semua," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!