'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
21 Mei 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 MEI 2024
Keluarga yang tular dalam media sosial bersama bayi berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan sama sekali tidak berniat meraih simpati orang ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.
Bapa bayi itu, Mohd Azlan Ishak, 36, berkata, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, 35, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.
Menurutnya, dia hanya tahu kisah bayi mereka yang perlu memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik tular selepas dimaklumkan isteri pada Isnin.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Tular