Apabila insan yang diharapkan jadi pelindung kepada keluarga bertukar ‘raksasa’ dengan merosak binasakan kehidupan si anak yang masih belum menginjak usia dewasa, apakah rupa masyarakat kita kini?Sejak sekian lama kes-kes ‘haruan makan anak’ tidak surut-surut, malah dibimbangi makin melarat. Tidak cukupkah kesedaran dan pendidikan dalam komuniti? Begitu tipiskah iman di dada sehingga sanggup memangsakan zuriat sendiri?