Risiko alami kecelaruan tekanan

Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Nellie)
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Nellie)
A
A
A

SHAH ALAM - Kanak-kanak yang didera secara seksual terutamanya oleh ahli keluarga sendiri berisiko mengalami Kecelaruan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) yang memberi impak terhadap beberapa kefungsian dan kesejahteraan hidup secara keseluruhan.

Pakar psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja dari Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nellie Ismail berkata, kefungsian kognitif melibatkan keupayaan menumpukan perhatian, menyelesaikan masalah dan menyimpan maklumat.

Menurutnya, kefungsian sosial dalam membentuk dan mengekalkan hubungan sihat dengan orang lain turut terganggu selepas hilang kepercayaan yang akhirnya membawa kepada kesunyian serta pengasingan diri.

“Kanak-kanak cenderung menggunakan daya tindak maladaptif seperti penyalahgunaan bahan, mencederakan diri atau melakukan tingkah laku seksual yang berisiko sebagai cara untuk meredakan kesakitan emosi mereka.

“Malah, mereka juga mengalami kesukaran mengawal emosi yang membawa kepada perubahan mood, cetusan perasaan serta sensitiviti tinggi terhadap tekanan kerana sukar meluahkan dengan cara yang betul dan mungkin berasa tertekan disebabkan perasaan marah, malu atau kesedihan melampau.

“Penderaan seksual dalam keluarga juga menyumbang kepada masalah kebimbangan dan kemurungan, secara tidak langsung akan menjejaskan hubungan mereka dengan rakan sebaya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: