Budak 10 tahun bunuh diri demi ibu
AQUASCALIENTES - MEXICO. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ditemui meninggal dunia bersama nota menyayat hati untuk ibunya.
Kanak-kanak perempuan itu didakwa membunuh diri ketika berlangsung festival 'el Dia de Reyes' atau Three Kings Day pada 6 Januari lalu demi kebahagiaan ibunya.
Memetik portal Mirror, nota ringkas itu memberi gambaran tindakan bunuh diri sebagai hadiah kegembiraan buat ibunya.
Pihak berkuasa Aguascalientes, Mexico berkata, punca kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana bersimpati terhadap ibunya yang perlu menjaganya.
Bahkan merasakan dirinya itu hanya bebanan dan pernah mendengar ibunya menyesal melahirkannya.
Dek rasa diri tidak diperlukan, kanak-kanak itu telah mengantung diri.
Antara isi kandungan nota itu, memohon agar ibunya menjadi wanita paling gembira dan dia amat menyayanginya.
Sementara itu, di negara Sepanyol dan Mexico, perayaan Three Kings Day itu dianjurkan sebagai penutup hari Natal sambil mereka bertukar hadiah antara satu sama lain.
Kematian kanak-kanak itu adalah simbolik 'hadiah' buat ibunya sempena festival berkenaan.
Pihak berkuasa kini sedang melakukan penyiasatan ke atas kematian anaknya dan sumber menyatakan bahawa pihak polis sedang mencari ibunya yang kini menghilangkan diri.- Mirror.co.uk
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!