PM Anwar hulur sumbangan kepada pelakon Nur Azifah

Sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah Madani di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.
Sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah Madani di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.

Menerusi hantaran di Facebook pada Rabu, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarah Nur Azifah menerusi Ziarah Madani di kediaman pelakon itu di Hulu Kelang.

"Saudari Nur Azifah telah menderita sejak tahun lepas akibat kanser payu dara. Pelakon drama Istidraj dan Seindah Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut, namun kos rawatan yang ditanggung amat membebankan.

"Saya mendoakan saudari Nur Azifah dikurniakan keafiatan oleh ALLAH SWT dan beliau diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan ibu kepada lima anak itu memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Antara drama dilakonkan Nur Azifah, 60, ialah Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj, Kalimah Jiwa, Dia Bidadari Syurga, Inikah Dikatakan Cinta, Syurga Noah, Ratu Lori dan Suri Cinta. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!