21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura

Insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858. - Foto Facebook Singapore roads accident.com
Insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858. - Foto Facebook Singapore roads accident.com
A
A
A

SINGAPURA - Seorang pemandu bas dan 20 penumpang dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas kenderaan Tower Transit dilapor merempuh sebuah penghadang jalan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3, Singapura.

Memetik laporan Channel News Asia (CNA), insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858.

Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang disiasat.

Ujarnya, Tower Transit sedang cuba menghubungi penumpang yang cedera dan keluarga mereka untuk menghulurkan bantuan.

Sementara itu, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika dihubungi portal berkenaan turut mengesahkan insiden tersebut.

Polis memaklumkan, kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!