Faisal Halim boleh main bola kembali enam bulan lagi

Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.
Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, ia berdasarkan jangkaan doktor terhadap tempoh rawatan Faisal yang menunjukkan perkembangan sangat positif.

"Mungkin ada yang bertanya bila dia dapat turun padang. Difahamkan berdasarkan perkembangan sekarang, dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

"Ini berdasarkan apa yang diperkatakan oleh doktor. Harapan saya kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Itu doa saya," katanya ketika ditemui di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Sebelum ini, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

Dia yang juga pemain sayap kebangsaan baru sahaja menjalani pembedahan keempat yang dijangka menjadi pembedahan terakhir.

Dalam pada itu, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey akan menjalani rawatan pemulihan yang sudah diatur dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN).

"Mungkin selepas ini Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair akan bekerja rapat dengan pihak hospital, ISN serta fisioterapi untuk melihat rehabilitasi program untik Faisal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!