'Semoga pahala penyumbang terus mengalir' - Nadir

Jentera bomba hasil sumbangan sebanyak sejuta dolar AS yang disampaikan MyAqsa Defenders dan CGM pada 2021.
Jentera bomba hasil sumbangan sebanyak sejuta dolar AS yang disampaikan MyAqsa Defenders dan CGM pada 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan sumbangan orang ramai bagi memastikan kehidupan rakyat Gaza, Palestin terus terbela.

Muhammad Nadir menerusi entri terbarunya di Facebooknya berkongsi sebuah gambar trak bomba tertera logo Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Menurutnya, trak bomba berkenaan merupakan salah satu daripada lima buah trak bomba hasil sumbangan sebanyak sejuta dolar AS yang disampaikan MyAqsa Defenders dan CGM kepada kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Gaza pasca perang 2021.

Operasi pemadaman kebakaran sedang dijalankan di lokasi yang terjejas akibat serangan Israel.
Operasi pemadaman kebakaran sedang dijalankan di lokasi yang terjejas akibat serangan Israel.

“Sumbangan itu juga meliputi pembinaan beberapa bangunan, pembelian peralatan dan sebuah ambulans.

“Alhamdulillah, besar pahala kalian, sumbangan kalian menyelamatkan nyawa yang banyak pada hari ini. Semoga pahala kalian terus mengalir,” katanya pada Selasa.

Pasukan perubatan merawat orang awam yang cedera di Gaza.
Pasukan perubatan merawat orang awam yang cedera di Gaza.

Muhammad Nadir berkata, semalam pasukan bomba dan penyelamat Gaza telah menghantar gambar ketika operasi memadamkan kebakaran.

Artikel Berkaitan:

“Kata mereka, trak-trak ini sahaja yang masih dapat beroperasi menyelamatkan nyawa di seluruh Gaza,” ujar Nadir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!