Rancang luaskan penggunaan 5G di seluruh negara

Gobind Singh Deo
Gobind Singh Deo
A
A
A

LANGKAWI - Penggunaan teknologi 5G di hospital membolehkan jururawat mendapat nasihat daripada doktor atau pakar walaupun berada pada jarak jauh.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, teknologi itu juga dapat meningkatkan sistem pengendalian kerja ke arah yang lebih baik serta mampu mengurangkan risiko kehilangan nyawa kerana pesakit yang tidak dapat ke hospital boleh menghubungi pakar menggunakan teknologi berkenaan.

"Kita mengambil langkah ke depan dengan menjadikan Langkawi sebagai percubaan teknologi ini," katanya pada sidang akhbar selepas melawat dan memantau Projek Demonstrasi 5G di Hospital Sultanah Maliha Langkawi petang tadi.

Menurut Gobind, teknologi 5G juga mampu mengubah cara berfikir supaya lebih maju

"Kejayaan penggunaan 5G di Langkawi ini harus dibanggakan dan kita menyasarkan penggunaannya bakal meluas ke seluruh negara pada pertengahan tahun ini," katanya.

Hadir sama dalam sesi lawatan berkenaan ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!