Kompany bakal latih Bayern Munich

KOMPANY
KOMPANY
A
A
A

BAYERN Munich dilaporkan mahu menyambar khidmat pengendali Burnley, Vincent Kompany untuk menggantikan Thomas Tuchel sebagai jurulatih kelab itu, lapor media Jerman dan Inggeris.

Menurut tabloid Jerman Bild dan rangkaian Sky, bersama akhbar Inggeris The Guardian, pengendali kelahiran Belgium itu telah mencapai persetujuan secara prinsip dengan Bayern.

Kelab Jerman itu kini sedang mengusahakan pakej pampasan untuk Burnley selepas Kompany masih mempunyai kontrak empat tahun.

Burnley baru sahaja tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas hanya satu musim di liga utama Inggeris.

Bayern bersetuju untuk berpisah dengan Tuchel pada Februari selepas gagal mempertahankan kejuaraan Bundesliga.

Kompany merupakan calon terbaru dalam senarai panjang yang dikaitkan dengan Bayern.

Jurulatih Leverkusen Xabi Alonso, bos Jerman Julian Nagelsmann dan pengurus Austria Ralf Rangnick semuanya dilaporkan menolak minat yang dikemukakan Bayern.

Kompany mempunyai pengalaman di Bundesliga apabila pernah bermain di Hamburg sebelum menyertai Manchester City.

Artikel Berkaitan:

Dia mengambil alih kejurulatihan Burnley pada 2022, membawa mereka ke EPL sebagai juara divisyen dua semusim kemudian.

Kompany bagaimanapun tidak dapat mengekalkan Burnley di EPL, dengan kelab itu tersingkir berada di kedudukan ke-19 liga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!