Tang Jie-Ee Wei kekal momentum kemenangan
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan persembahan bertenaga dalam Malaysia Masters apabila melakar satu lagi kemenangan pada Khamis.
Pilihan pertama kejohanan itu tidak berdepan wakil India Reedy B Sumeeth-Reddy Sikki, dalam aksi straight set pusingan 16 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tang Jie-Ee Wei bermula garang apabila menang mudah 21-9 pada set pertama ke atas lawan mereka itu.
Bagaimanapun pada set kedua, Tang Jie-Ee Wei diasak hebat lawan nombor 53 dunia itu sebelum menang 21-15 dalam aksi 35 minit.
Pasangan ranking kesembilan dunia itu akan menentang pemenang perlawanan antara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (Malaysia) dengan wakil Korea Selatan, Wan Chan-Shin Seung-chan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!