Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut

Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Ulu Segama, Kinabatangan.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Ulu Segama, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel besi di Sungai Ulu Segama, di sini.

Mangsa lelaki berusia 51 tahun itu ditemukan pada jam 11 malam Rabu oleh orang awam tidak jauh dari lokasi dia dihanyutkan arus pada Selasa lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12 tengah hari Selasa.

"Menurut pemanggil terdapat tiga mangsa menaiki bot untuk memasang kabel besi untuk tujuan memindahkan kelapa sawit ke seberang.

"Bagaimanapun, arus sungai deras ketika itu menyebabkan bot yang dinaiki hanyut. Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri namun pengurus ladang itu dilaporkan hanyut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Anggota bomba dan orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa yang lemas di Sungai Ulu Segama, Kinabatangan.
Anggota bomba dan orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa yang lemas di Sungai Ulu Segama, Kinabatangan.

Katanya, lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR mangsa dilakukan dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan sungai di sekitar 500 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

"Namun mangsa tidak ditemui dan operasi disambung semula keesokan harinya. Bagaimanapun, semalam (Rabu), kita menerima laporan mangsa berjaya ditemui orang awam dalam keadaan terapung pada jarak 500 meter dari lokasi asal," katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Nurul Azlan berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi Khamis untuk membantu mengangkat mayat mangsa.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.20 pagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!