Pearly-Thinaah tampil fantastik

Pearly Tan-M Thinaah. Foto BAM
Pearly Tan-M Thinaah. Foto BAM
A
A
A

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah kembali semula ke gelanggang kompetitif dengan aura fantastik apabila meloloskan diri ke suku akhir Malaysia Masters pada Khamis.

Tambah menarik beregu nombor 13 dunia itu mengambil masa 32 minit menyingkirkan cabaran wakil India, Simran Singhi-Ritika Thaker, 21-17 21-11 dalam perlawanan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.

Kemenangan itu membolehkan Pearly-Thinaah naib juara edisi 2023 yang juga pilihan kedua kejuaraan berdepan gandingan dari Australia, Setyana Mapasa-Angel Yu di suku akhir.

Mapasa-Angel Yu sebelum itu menyingkirkan cabaran satu lagi wakil negara, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan, 21-8, 21-11 dalam masa 30 minit.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang merupakan pilihan keempat juga mara selepas menewaskan wakil Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang.

Soon Huat-Shevon Lai yang berstatus nombor 18 dunia bangkit tewas set pertama, 17-21 untuk mendominasi dua set berikutnya dengan kemenangan 21-19, 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit.

Dalam pada itu, cabaran pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao berakhir di pusingan 16 terakhir selepas dijinakkan pilihan ketiga yang juga nombor enam dunia, Li Shi Feng, 15-21, 16-21 dalam aksi 58 minit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!