Kementerian Komunikasi nafi keluar peraturan penggunaan WhatsApp
PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi menafikan mengeluarkan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks aplikasi WhatsApp.
Menerusi kenyataan pada Khamis, kementerian itu turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita atau maklumat palsu.
"Merujuk kepada maklumat yang tular berhubung peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp, kementerian ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut," katanya.
Sebelum ini tular mengenai dakwaan semua panggilan WhatsApp akan dirakam dan peranti disambungkan kepada kementerian tersebut.
Turut dikaitkan, laman sosial lain antaranya Facebook, X dan Instagram.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!