Kejutan Arif-Roy King di Axiata Arena
BEREGU lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King cipta kejutan apabila mara ke suku akhir Malaysia Masters selepas menyingkirkan cabaran pilihan keempat dari Taiwan, Lee Jhe Hue-Yang Po Hsuan dalam aksi pusingan 16 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Khamis.
Kemenangan diraih dalam aksi 50 minit gandingan ranking 47 tersebut ke atas beregu nombor 12 dunia itu hadir dua set terakhir 21-15, 21-18 selepas tewas set pertama 13-21.
Rentak kemenangan itu membolehkannya mereka berdepan pilihan keenam dari Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard yang menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Gi-jung-Kim Sa-rang, 21-16, 21-18.
Sebagai rekod, Arif, Roy King mara ke pusingan 16 terbaik selepas menyingkirkan cabaran wakil China, Xie Hau Nan-Zey Wei Han, 21-16, 21-12.
Turut mara satu lagi beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang menang straight set ke atas jagoan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-17, 21-17 dalam masa 30 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!