Letupan di kilang gula Tanzania ragut 11 nyawa
DAR ES SALAAM - Sebelas orang maut dan dua lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang gula di Morogoro, timur Tanzania, kata ketua perkhidmatan kecemasan tempatan, Shabani Marugujo pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kejadian yang dikaitkan dengan paip pemanas yang pecah itu berlaku pada Rabu malam.
Kilang tersebut baru sahaja memulakan semula pengeluaran pada Rabu selepas ditutup selama beberapa minggu semasa musim hujan antara bulan Mac dan Mei.
Morogoro terletak kira-kira 180 kilometer di timur Dar es Salaam, bandar terbesar di Tanzania. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!