Kisah Angah melawan dekompresi...

Angah berbaring di dalam chamber sehingga dua jam sebelum diturunkan ke dasar laut untuk berada pada kedalaman dan tekanan tertentu.
Angah berbaring di dalam chamber sehingga dua jam sebelum diturunkan ke dasar laut untuk berada pada kedalaman dan tekanan tertentu.
A
A
A

KUANTAN - Decompression Sickness (DOC) atau dekompresi ialah mimpi buruk para penyelam namun masih ramai tidak tahu mengenai penyakit ini.

Berkongsi kisah, Fazry Erwan Kamarudin, 33, atau lebih dikenali sebagai Angah berkata, secara ringkasnya penyakit ini disebabkan oleh gas nitrogen yang terlarut dalam tisu badan.

Menurutnya, apabila tekanan persekitaran menjadi rendah atau tinggi, nitrogen tersebut bertukar menjadi buih yang menjadikan pesakit sensitif dengan panas dan menyekat saluran darah.

Angah ketika menerima rawatan.
Angah ketika menerima rawatan.

"Nampak luaran seperti normal tapi sebenarnya agak kritikal penyakit ini memandangkan cara rawatannya hanya bergantung kepada hyperbaric chamber atau terapi hiperbarik oksigen.

"Kos pun sangat tinggi kalau buat di swasta lebih kurang RM1,600 sekali rawatan dan kalau di hospital kerajaan hanya ada di Hospital Tentera di Lumut Perak. Awalnya saya rasa kecewa dan putus asa tapi saya banyak membaca dan usaha dengan rawatan. Alhamdulillah saya boleh survive dan bertahan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Angah yang bekerja sebagai beach master dan tenaga pengajar di Viking Skuba dan Muck Dive Skuba Kuantan itu menghabiskan lebih RM400,000 duit simpanan dengan bantuan keluarganya sepanjang dua tahun melalui tempoh rawatan.

Artikel Berkaitan:

Angah berkata, penyakit tersebut tidak memberikan sebarang simptom sekiranya mahu menyerang apabila dia tiba-tiba boleh rebah dan lumpuh jika tidak segera menyedut oksigen.

Fazry Erwan Kamarudin atau mesra disapa Angah.
Fazry Erwan Kamarudin atau mesra disapa Angah.

"Dia serang tak kira masa. Pernah di kompleks beli-belah, di kedai, ketika memandu malah di hotel pun pernah. Terpaksa panggil pihak perubatan dan usung saya ke hospital. Kebiasaan bila keluar rumah saya sentiasa bawa tangki oksigen.

"Keadaan ini berlaku disebabkan sedikit kemalangan semasa melakukan selaman. Mungkin lebih masa di dasar atau naik ke dasar dengan laju saya tidak pasti tapi tentu ada kesilapan di mana-mana.

"Sebagai master orang fikir tentu malu nak akui kita sakit tapi bagi saya biarlah saya kongsikan kepada semua lebih-lebih lagi kepada penyelam baharu. Berhati-hati, dengar cakap master dan jangan abaikan aspek keselamatan," katanya yang mendapatkan rawatan di Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik.

Katanya, terapi hiperbarik oksigen adalah terapi perubatan yang telah terbukti secara klinikal dengan cara menyedut oksigen di dalam suatu ruang yang bertekanan.

"Penyelam yang mendapat penyakit berkaitan dengan tekanan ini boleh dirawat dengan cara masuk ke dalam chamber dan diberi tekanan mengikut kedalaman tertentu sambil diberi menyedut 100 peratus oksigen dalam kadar dan jangka masa tertentu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!