PDRM siasat Andrew Sia dakwa UiTM amal sistem 'apartheid'

Razarudin. - Foto: Bernama
Razarudin. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap kolumnis, Andrew Sia berhubung penulisannya mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem 'apartheid'.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Setakat jam 6 petang ini (Jumaat), terdapat sebanyak 14 laporan polis diterima di seluruh negara.

"Kita sedang memohon profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendapatkan butiran penulis artikel terbabit untuk membantu siasatan," katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Veteran UMNO menyokong desakan daripada Pemuda UMNO supaya Andrew Sia tampil membuat permohonan maaf.

Desakan itu permohonan maaf itu sebagai satu tindakan yang terbaik, selain artikel tersebut ditarik semula.

Veteran UMNO menyifatkan artikel Andrew Sia itu lebih berunsur hasutan dan dikategorikan menyentuh (isu) 3R (agama, kaum dan raja-raja).

Malah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) turut membuat laporan polis terhadap Andrew Sia kerana menggelar UiTM sebagai 'akademi aparteid'.

Artikel Berkaitan:

Laporan polis dibuat menyatakan artikel berkenaan tidak adil, bersifat prejudis dan boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!