Lelaki perut tembus jatuh jambatan masih terima rawatan

Laporan Sinar Online mengenai keadaan mangsa yang ditemui orang awam.
Laporan Sinar Online mengenai keadaan mangsa yang ditemui orang awam.
A
A
A

KOTA BHARU - Lelaki yang cedera tembus pada pahagian perut akibat terkena besi jambatan lama selepas terjatuh dari Jambatan Pok Nik Lah, di sini, pada Khamis masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 5 petang daripada pihak HRPZ II berhubung kejadian menimpa lelaki berusia 35 tahun itu.

“Mangsa mengalami kecederaan akibat jatuh dari jambatan.

“Dia dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, mangsa berjaya diselamatkan oleh penduduk sekitar yang berada di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, pihak polis mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi berkait insiden tersebut.

“Kami meminta supaya orang ramai menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.

Sebelum itu, mangsa disedari hanyut secara terlentang di Sungai Pengkalan Datu pada jam 3.30 petang.

Seorang peniaga wanita yang melihat mangsa kemudian memberikan bantuan dengan memanggil buruh binaan di seberang sungai yang kemudian membawa bot dan membawa mangsa ke jeti.

Sebaik sampai di jeti, mangsa bagaimanapun didapati mengalami kecederaan tembus pada bahagian perut hingga keluar isi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!