Sayangi mata, usah sampai menyesal

Sumber: myhealth
Sumber: myhealth
A
A
A

PENGGUNAAN kanta lekap amat popular pada masa kini bagi menggantikan cermin mata.

Selain untuk membetulkan penglihatan sama ada rabun jauh mahupun dekat, ia menjadi pilihan seseorang untuk melengkapkan gaya selain dapat menyerlahkan keyakinan.

Bagaimanapun, lambakan kanta lekap murah di pasaran yang dijual oleh ejen tidak berdaftar seperti dalam talian, pasar malam, kedai runcit dan pusat kecantikan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Seperti sebuah premis di pusat beli-belah borong di ibu negara, walaupun sudah dibatalkan lesen perniagaannya, masih berani menjual kanta lekap dibawa masuk dari Korea Selatan secara haram ke negara ini dengan melekatkan label sendiri.

Sebanyak 143,284 unit kanta lekap bernilai RM700,000 dirampas Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) yang berisiko menyebabkan pemakainya mengalami masalah mata merah, berair atau gatal malah lebih serius kondisi kornea mata koyak.

Lagi menakutkan jika individu memilih untuk menggunakan kanta lekap daripada penjual yang tidak bertauliah!

Besar kemungkinan pelbagai masalah lain juga boleh timbul seperti mata menjadi merah, sakit, kabur penglihatan, alahan pada kelopak mata dan jangkitan kuman seperti ulser kornea yang boleh menyebabkan buta.

Justeru sebelum membuat keputusan untuk memakai kanta lekap, dapatkan nasihat daripada mereka yang bertauliah.

Artikel Berkaitan:

Pembelian kanta lekap daripada penjual dan jenama yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amatlah tidak digalakkan.

Mata merupakan amanah dan anugerah yang tidak ternilai, nikmat melihat yang diberikan perlulah dijaga. Sayangi mata, jangan menyesal kemudian hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!