Kanak-kanak 10 tahun menang cabutan bertuah TV pintar

Mohd Haziq (depan, kiri) bersama kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam Pantai SP Fun Run menerima hadiah sebuah TV pintar. Turut serta Bee Chan (kiri) dan Mohammed Taufiq (kanan).
Mohd Haziq (depan, kiri) bersama kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang mengambil bahagian dalam Pantai SP Fun Run menerima hadiah sebuah TV pintar. Turut serta Bee Chan (kiri) dan Mohammed Taufiq (kanan).
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah perumpamaan yang dapat digambarkan mengenai seorang kanak-kanak yang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa sebuah televisyen (TV) pintar 42 inci.

Mohd Haziq Mohd Hafiz, 10, dari Merbok, Kedah tidak menyangka keputusannya menyertai acara larian amal Pantai SP Fun Run 2024 membolehkannya membawa pulang hadiah berkenaan.

Mohd Haziq
Mohd Haziq

Acara itu turut disertai Mohd Haziq bersama adik, Mohd Hadif, 9, dan sepupu berusia antara tujuh hingga 12 tahun serta berjaya menjadi 30 peserta terawal dari 1,000 peserta menghabiskan larian sejauh enam kilometer di Pantai Merdeka pada Sabtu.

Ibunya, Syakirah Ab Razak, 40, berkata, Mohd Haziq yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir sering menyertai acara larian di sekolah, namun pertama kali menyertai acara larian amal dianjurkan pihak luar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Sungai Petani dan Hospital Pantai Laguna Merbok, Tio Bee Chan berkata, hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal dimenangi oleh Norsyazwani Mohd Naim, 34, dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani.

Replika cek dana diserahkan Mohammed Taufiq (kiri) kepada Setiausaha Kehormat Yayasan Jantung Malaysia, Adam Tan (dua dari kanan) sambil disaksikan Bee Chan (dua dari kiri).
Replika cek dana diserahkan Mohammed Taufiq (kiri) kepada Setiausaha Kehormat Yayasan Jantung Malaysia, Adam Tan (dua dari kanan) sambil disaksikan Bee Chan (dua dari kiri).

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sebanyak 25 hadiah cabutan bertuah disediakan termasuk peralatan elektrik, pakej pemeriksaan kesihatan dan kelengkapan rumah.

"Objektif larian amal bertujuan mewujudkan kesedaran masyarakat dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit kardiovaskular yang menjadi penyebab utama kematian.

"Ia adalah satu usaha menggalakkan penyertaan orang ramai untuk bersama-sama menerapkan gaya hidup sihat sekali gus mencegah penyakit kardiovaskular," katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Jelas Bee Chan, bertemakan ‘Run for Your Health’, dana yang dikumpul daripada larian amal ini adalah bagi membantu kes-kes pesakit yang kurang bernasib baik untuk membantu mengurangkan kos perubatan.

"Sebanyak RM10,000 berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!