Koronavirus: China catat kematian ketiga
BEIJING - China mengesahkan kematian ketiga dan hampir 200 kes jangkitan koronavirus 'misteri' yang dipercayai merebak di beberapa bahagian lain negara itu.
Memetik laporan Al-Jazeera, pihak berkuasa kesihatan di daerah Daxing Beijing berkata, dua individu yang memasuki wilayah Wuhan telah dirawat kerana jangkitan pneumonia yang dikaitkan dengan virus baharu itu serta berada dalam keadaan stabil.
"Di Guangdong, seorang lelaki Shenzen berusia 66 tahun dikuarantin sejak 11 Januari lalu selepas menghidap demam dan menunjukkan gejala lain setelah melawat saudara-maranya di Wuhan.
"Secara keseluruhan, sejumlah 201 pesakit kini telah didiagnosis dengan virus di China manakala 170 orang masih dirawat di hospital termasuk sembilan berada dalam keadaan kritikal," katanya.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan penularan jangkitan apabila berjuta rakyatnya akan memulakan perjalanan balik kampung dan ziarah sempena Tahun Baru Cina minggu ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 17 lagi kes baharu wabak misteri dicatat
Pakar perubatan, dalam pada itu, masih bergelut untuk memahami strain koronavirus baharu ini yang dikaitkan dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah membunuh 800 mangsa pada awal tahun 2002.
"Sejumlah 201 pesakit kini telah didiagnosis dengan virus di China manakala 170 orang masih dirawat di hospital termasuk sembilan berada dalam keadaan kritikal," katanya.
Koronavirus biasanya menyebabkan jangkitan saluran pernafasan yang ringan dan sederhana seperti selesema biasa, namun boleh terjejas sehingga menyebabkan pneumonia atau bronchitis.
Di Wuhan sahaja, 136 kes baharu disahkan pada hujung minggu lalu.
WHO is proposing studies on the novel #coronavirus (2019-nCoV) that can be done in #China and elsewhere to better understand transmission, risk factors, and where the virus is. These studies take time and resources.
— World Health Organization (WHO) (@WHO) January 19, 2020
Some of these studies are being undertaken already. pic.twitter.com/UKhbx8Gwuf
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!