Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh

Keadaan cerun runtuh susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan pada Sabtu. - Foto Bernama
Keadaan cerun runtuh susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan cerun runtuh itu berlaku susulan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tiada jalan alternatif dan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

JKR Sabah kini sedang mengambil tindakan awal termasuk membuat pembersihan permukaan jalan dan memasang pelan pengurusan trafik, menurut kenyataan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!