Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun

Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun (tengah) akan merangka strategi berkesan untuk berdepan Thailand dalam aksi final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur petang ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Sumali)
Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun (tengah) akan merangka strategi berkesan untuk berdepan Thailand dalam aksi final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur petang ini. Foto Bernama (Gambar kecil: Sumali)
A
A
A

MALAYSIA berpeluang menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw yang tidak pernah mengalahkan Thailand dalam acara regu berpasukan.

Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini.

Malaysia turun dengan impian besar kerana kali terakhir skuad negara mengatasi pasukan Gajah Perang itu ialah pada Sukan SEA Manila edisi 1991.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan bagaimanapun sedar cabaran itu bukan mudah, namun tidak mustahil.

Justeru beliau mengharapkan pemain memperagakan aksi paling terbaik.

Malah beliau turut mengharapkan tuah akan memihak Malaysia untuk melakar satu lagi sejarah baharu dalam sukan sepak takraw di negara ini.

"Sasaran kita mara ke final dalam tiga acara di Piala Dunia (Sepak Takraw 2024). Kita akan bertemu Thailand dan peluang 50-50 biarpun berjaya mengejutkan mereka dalam acara double dan regu.

"Misi kita juga adalah untuk menamatkan penantian 33 tahun kerana kita tidak pernah tewaskan Thailand dalam acara regu berpasukan.

Artikel Berkaitan:

"Kali ini kita harap dapat cipta sejarah itu," katanya.

Malaysia mara ke final setelah mudah membenam Indonesia 2-0 dalam aksi separuh akhir malam Sabtu.

Sumali juga memberitahu akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk memberi ganjaran setimpal dengan usaha mereka dalam saingan Piala Dunia itu.

"Bonus semestinya ada. Insya-ALLAH saya akan bincang dengan menteri mengenai bonus kepada semua pemain yang telah mengharumkan nama negara di pentas dunia," katanya.

Thailand menepati ramalan melangkah ke perlawanan akhir selepas menang mudah ke atas Korea Selatan 2-0 dalam satu lagi separuh akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!