4,000 murid terpilih sertai program RMT bermula hari ini

Peserta RMT SK Seri Suria menikmati makanan percuma yang bermula hari ini.
Peserta RMT SK Seri Suria menikmati makanan percuma yang bermula hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 4,000 murid melibatkan 100 buah sekolah di seluruh negara terpilih sebagai peserta program penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bermula hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, penambahbaikan kepada program sedia ada itu akan memanfaatkan murid-murid daripada golongan miskin..

Menurutnya, antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah perubahan waktu pelaksanaan.

"Selain itu, penambahbaikan lain yang dilakukan adalah dengan meningkatkan jumlah penerima dengan mengambil kira murid yang berada dalam kategori miskin dan bukan sahaja miskin tegar seperti sebelum ini.

"Masa pelaksanaan program pula adalah antara jam 7 sehingga 7.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan 12.30 tengah hari sehingga 2 petang bagi sesi persekolahan sesi petang.

"Dalam pelaksanaan sebelum ini, murid-murid diberi makan pada waktu rehat sekolah tetapi bagi program kali ini, mereka akan menikmati sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran," katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Seri Suria di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid teruja nikmati sarapan nasi goreng, Milo panas

Mengulas lanjut, Habibah berkata, kira-kira 90 peratus peserta program itu terdiri daripada murid di kawasan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT).

Artikel Berkaitan:

"Walau bagaimanapun, kita masih lihat dan sedang mengesahkan senarai isi rumah yang dikenal pasti kerana kita ada paras garis kemiskinan nasional yang perlu dipatuhi.

"Pada masa sama, kita turut edarkan borang kepada ibu sebab kerana kita tidak boleh memberi makanan sembarangan kepada murid tanpa persetujuan ibu bapa," katanya memberitahu ia bertujuan untuk mengetahui maklumat lanjut khususnya berhubung alahan makanan.

Beliau turut memberitahu, sebanyak 20 menu makanan disediakan berdasarkan cadangan Kementerian Pendidikan dengan kandungan nutrisi dan kalori bersesuaian dengan umur mereka.

Info Bernama
Info Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!