'Kami akan berehat, kembali musim depan'

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui taktikal The Citizens ketika mempertahankan kejuaraan sebelum tewas 1-2 kepada Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley sebagai tidak memberi impak.

Kekalahan luar jangka anak buah Guardiola yang tampil dengan reputasi juara yang menewaskan lawan sama di venue sama pada musim lalu hadir seminggu selepas menamatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut.

Malah rentetan 35 perlawanan tanpa kalah The Citizens dalam semua pertandingan berakhir apabila gol separuh masa pertama dijelmakan pemain The Red Devils, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo, cukup untuk United menamatkan impian berganda City.

"Tahniah kepada Manchester United kerana memenangi Piala FA.

"Saya rasa rancangan permainan Manchester City tidak bagus.

"Separuh masa kedua jauh, lebih baik. Kami lebih sengit, sebahagiannya kerana ketinggalan 0-2 dan tiada apa-apa untuk kalah kerana ini adalah perlawanan sengit.

"Secara umumnya, ia adalah persembahan yang baik memandangkan perlawanan akhir, tetapi kadangkala ini berlaku.

"Kami tidak bermain menentang United, kami bermain untuk diri kami sendiri," kata Guardiola yang telah memenangi 15 trofi utama untuk City sejak mengambil alih tugas pada 2016.

Artikel Berkaitan:

Ketika Manchester City yang sudah mempunyai gelaran Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhajat untuk menambah koleksi musim ini, Guardiola menambah: “Kecewa hari ini, sudah biasa pasukan boleh tewas pada perlawanan akhir tetapi musim ini adalah perjuangan luar biasa untuk semua trofi dengan cara yang baik.

“Musim ini luar biasa hingga ke penghujungnya. Tiada apa yang perlu dikesali, pemain-pemain sangat hebat.

"Kami akan berehat, kembali musim depan,”

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!