PRK DUN Sungai Bakap: BN hormati jika PH bertanding

Mohamad ditemui pemberita di rumah terbuka DUN Chembong, Seremban pada Ahad.
Mohamad ditemui pemberita di rumah terbuka DUN Chembong, Seremban pada Ahad.
A
A
A

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan sekiranya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diberi kepada Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya kecil (PRK) tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persefahaman antara gabungan itu telah dibentuk iaitu jika berlaku kematian wakil rakyat, maka parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan.

Bagaimanapun katanya, perundingan semula boleh diadakan, namun secara asasnya persefahaman mengenai soal itu telah pun dipersetujui antara BN dan PH.

"Ini (kerusi siapa) akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan bersama Kerajaan Perpaduan tapi biasanya kita mempunyai persefahaman bahawa siapa punya kerusi itu, dialah yang akan bertanding.

"Kekosongan kerusi itu disebabkan kematian dan ia bukannya seperti pilihan raya umum (PRU).

"Kita boleh kata nak kerusi itu dan dia kata nak kerusi ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka DUN Chembong di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut katanya, perbincangan berhubung soal menghadapi PRK Sungai Bakap belum lagi diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff, 56, meninggal dunia Jumaat lalu ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.

Artikel Berkaitan:

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos lalu, menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

PRK DUN Sungai Bakap: BN hormati jika PH bertanding #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Politik #PilihanRaya #PRK #SungaiBakap #Parti #BN #PH #MohamadHasan

Epic Music(804503) - Draganov89

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!