PABKL 2024: Seminar Taddabur Surah Al-Kahf bantu peroleh sumber pahala

Seminar Taddabur Surah Al-Kahf dijalankan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) 2024 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
Seminar Taddabur Surah Al-Kahf dijalankan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) 2024 di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seminar Taddabur Surah Al-Kahf yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) 2024 membantu umat Islam memperoleh pahala dan kebaikan berpanjangan.

Penulis buku, Fazrul Ismail berkata, seramai 30 peserta menyertai seminar yang diadakan di Bilik Redang, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) itu.

Beliau berkata, program dijalankan di PABKL 2024 itu sempena penerbitan buku baharu Karya Bestari berjudul Taddabur & Aplikasi Surah Al-Kahf.

“Program ini juga disiarkan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom dengan bayaran sebanyak RM99 dan menerima e-workbook, audio bantu hafal 10 ayat pertama serta buku ini.

“Seminar ini membincangkan perkara yang boleh dilakukan oleh umat Islam dalam tempoh 50 tahun akan datang.

“Selepas tempoh itu, adakah mereka ada sumber pahala dan kebaikan yang boleh menjadi saham untuk ditinggalkan?” katanya ketika ditemui di PABKL 2024 pada Ahad.

Fazrul menjelaskan empat cabaran yang akan dihadapi oleh setiap umat Islam iaitu iman, harta, ilmu dan kuasa.

Ujar beliau lagi, mereka akan bijak menguruskan dan mengendalikan masalah-masalah sekiranya membaca Buku Taddabur & Aplikasi Surah Al-Kahf tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Kalau mereka dapat membaca buku ini, kita akan nampak apakah mesej dari surah al-Kahfi itu dan juga bijak menguruskan empat cabaran tersebut,” jelasnya.

Selain itu, Fazrul memberitahu bahawa setiap keluarga memerlukan sekurang-kurangnya satu buku itu di rumah supaya dinormalisasikan untuk membaca surah tersebut setiap hari.

Katanya, sebanyak 102 ayat di dalam surah berkenaan dan mereka boleh menghafalkan atau memahami setiap dua ayat dalam seminggu.

“Surah ini akan menjadi panduan untuk membantu umat Islam menghadapi keempat-empat cabaran itu,” tambahnya ringkas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!