Soon Huat-Shevon juara Masters Malaysia
BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena di sini pada Ahad.
Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.
Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil negara meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.
Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.
Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik Covid-19. - Bernama
AKAN MENYUSUL
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
@sinarharianonline Tahniah Soon Huat-Shevon! #fyp #SinarHarian #Badminton #MasterMalaysia2024 #Juara
Fikirkan Boleh - Metropolitan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!