Piala Dunia Sepak Takraw: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia

Pasukan Malaysia meraih Naib Juara dalam acara Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad. Foto Bernama
Pasukan Malaysia meraih Naib Juara dalam acara Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

TIADA kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini pada Ahad.

Ahmad Jais berkata, skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan itu yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan.

Reaksi sedih pemain Malaysia, Farhan Adam selepas tewas kepada pasukan Thailand dalam perlawanan akhir Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad. Foto Bernama

Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan ialah pada Sukan SEA Manila 1991 sebelum menyaksikan skuad negara terpaksa menunggu lama untuk memecahkan dominasi skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw.

"Saya bagi pihak pasukan kebangsaan memohon maaf kepada semua peminat kerana gagal memecah dominasi Thailand. Secara peribadi kita lihat beberapa elemen dalam permainan khusus regu kedua dan ketiga.

"Itu antara penyebab kita gagal memberi saingan kepada pasukan Thailand dan kita kena sedar bahawa tiada jalan mudah untuk pemain kita capai prestasi terbaik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Reaksi sedih pemain Malaysia, Aidil Aiman Azwawi selepas tewas kepada pasukan Thailand dalam perlawanan akhir Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad. Foto Bernama

Bekas tekong negara itu dalam masa sama mahu keputusan dilakar pada final itu tidak sama sekali mematahkan semangat negara untuk terus berjuang sementara akan menggunakan masa yang ada untuk membentuk kembali dan membaiki kekurangan yang ada bagi mengharungi kejohanan antarabangsa lain.

Artikel Berkaitan:

Malaysia akan mengharungi satu lagi kejohanan besar iaitu Piala Raja Thai yang akan diadakan di Bangkok pada awal September depan.

Terdahulu pada aksi final, regu utama negara Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) meraih mata pertama buat negara ke atas Thailand 9-15, 15-11, 15-13.

Bagaimanapun, Thailand menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan regu kedua negara Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin 15-8 dan 15-5 pada perlawanan kedua.

Thailand kemudian menoktahkan kemenangan untuk menjulang trofi Piala Dunia edisi keempat itu dengan kemenangan 15-12 dan 15-12. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Kita kena sedar tiada jalan mudah untuk pemain capai prestasi terbaik - Ahmad Jais #fyp #SinarHarian #PialaDuniaSepakTakraw2024 #Malaysia #Thailand #SepakTakraw #StadiumTitiwangsa

Standing In The Eyes Of The World - Ella

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!