Tuchel optimis kendali MU musim depan

Tuchel yakin dia bakal menggantikan Erik ten Hag di Old Trafford pada musim depan. Foto Agensi
Tuchel yakin dia bakal menggantikan Erik ten Hag di Old Trafford pada musim depan. Foto Agensi
A
A
A

LAPORAN di Jerman menyebut bahawa Thomas Tuchel tidak akan mengubah keputusannya untuk berpisah dengan Bayern Munich kerana yakin dia bakal dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United.

Tuchel salah satu nama dalam senarai pendek United untuk menggantikan Erik ten Hag pada musim depan.

Ten Hag dilaporkan bakal dipecat walaupun berjaya membawa The Red Devils memenangi Piala FA.

Sebelum ini, Tuchel yang dipecat Chelesa dua tahun lalu secara terbuka menyatakan hasratnya untuk kembali membimbing kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali berusia 50 tahun itu paling diingati kerana berjaya membimbing Chelsea memenangi trofi Liga Juara-Juara pada musim 2020/21 dan Piala Kelab Dunia, dua tahun lalu.

Malah, sebahagian penyokong Chelsea mahu Tuchel kembali ke Stamford Bridge selepas pengurusan tertinggi The Blues memecat Mauricio Pochettino pada awal minggu lalu.

“Sebenarnya Bayern cuba memujuk Tuchel untuk kekal tetapi dia sendiri yang mahukan jalan perpisahan kerana terima tawaran daripada United.

“Jadi Bayern tiada pilihan selain mengumumkan perpisahan atas dasar persetujuan bersama,” dakwa pakar bola sepak Jerman, Christian Falk.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, selain Tuchel jawatan pengurus United juga telah dikaitkan dengan pengendali England, Gareth Southgate serta Pochettino dan Kieran McKenna (Ipswich Town).

Dalam perkembangan berkaitan, hierarki tertinggi United dilaporkan mencari tarikh sesuai bagi membincangkan nasib Ten Hag di Old Trafford.

Sumber memberitahu wartawan The Athletic perbincangan mengenai masa depan Ten Hag mungkin diadakan pada awal minggu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!