133 murid di Melaka layak terima RMT

 Sebahagian murid SK Batu Gajah yang layak menerima program PSP percuma di SK Batu Gajah, Merlimau di sini, hari ini.
Sebahagian murid SK Batu Gajah yang layak menerima program PSP percuma di SK Batu Gajah, Merlimau di sini, hari ini.
A
A
A

JASIN - Seramai 133 murid kurang berkemampuan membabitkan empat sekolah di Melaka layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) selepas program itu ditambah baik bermula hari ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, jumlah itu melibatkan dua sekolah di Jasin dan dua sekolah di Alor Gajah termasuk sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Menurutnya, daripada bilangan itu SK Cherana Puteh mencatatkan 122 murid iaitu paling ramai termasuk penambahan 27 murid.

"Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah juga menerima penambahan daripada 50 kepada 79 murid manakala SK Batang Melaka bertambah seramai 27 daripada 55 murid dan SJKC Khiaw Yew di Alor dari 15 murid kepada 30 murid," katanya selepas melawat SK Batu Gajah, Merlimau, di sini, hari ini.

Katanya, penerima program itu diperluaskan kepada ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan isi rumah RM960 dengan perkapita 244 berbanding sebelum ini kategori miskin tegar dengan pendapatan isi rumah RM604 dengan perkapita 151.

Murid SK Batu Gajah sedang menikmati mee goreng bagi program PSP percuma pada hari ini.
Murid SK Batu Gajah sedang menikmati mee goreng bagi program PSP percuma pada hari ini.

Menurutnya, penerima bantuan RMT akan dihidangkan dengan makanan yang telah ditetapkan menunya pada kadar RM2.50 sehari bermula dari jam 7 pagi hingga 7.30 pagi.

"Usaha ini bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan sesuai hasrat kerajaan menyediakan bantuan pendidikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan selain kesamarataan akses terhadap pendidikan berkualiti kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang murid yang terpilih, Qistina Aisyah Jasmi,12, gembira menerima bantuan makanan kerana dia boleh berjimat dan tidak perlu membeli sarapan pagi di kantin sekolah.

"Saya tidak perlu membeli di kantin dan duit yang ada boleh digunakan untuk keperluan lain atau membeli makanan ketika waktu rehat sahaja," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!