Van Persie yakin slot bakal jadikan Liverpool pasukan digeruni

Arne Slot
Arne Slot
A
A
A

BEKAS pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Robie Van Persie percaya Arne Slot akan membawa banyak kejayaan buat Liverpool.

Slot kini dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Liverpool, dan secara rasmi akan mula bertugas di Anfield pada 1 Jun.

Dia mengambil alih tugas daripada Jurgen Klopp yang telah meninggalkan pasukan itu selepas perlawanan terakhir EPL menentang Wolves.

Walaupun Slot mungkin nama yang agak janggal sebelum dikaitkan dengan tugas di Liverpool untuk ramai peminat Reds, Van Persie mengenali pengendali berusia 45 tahun itu dengan baik.

Bekas penyerang Arsenal dan Manchester United itu telah berkhidmat sebagai jurulatih remaja di Feyenoord sejak beberapa tahun lalu dan juga merupakan pembantu kepada Slot, serta akan menjadi ketua jurulatih Heerenveen pada musim panas ini.

Van Persie percaya. bekas bos Feyenoord itu mempunyai apa yang diperlukan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Klopp di Liverpool.

“Bagaimana dia mahu menerapkan perancangannya sesuai dengan gaya permainan Klopp dan kebiasaan mereka di sana.

"Saya mengharapkan mereka melakukannya dengan sangat baik.

Artikel Berkaitan:

"Liverpool adalah salah sebuah kelab yang bagus di England dan saya tahu kerana saya pernah bermain untuk dua lagi kelab yang juga bagus di sana," katanya,

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!