Kanak-kanak tiga tahun terpaksa telan 11 biji ubat sehari
BERITA SEMASA 27 MEI 2024
Usianya baru tiga tahun, namun seorang kanak-kanak sudah perlu menelan 11 biji ubat setiap hari selain terpaksa menjalani dialisis susulan penyakit buah pinggang bocor dan darah tinggi dihidapinya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Derita ditanggung Muhammad Aqil Iskandar Mohd Ashraf itu membuatkannya sukar menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain, apatah lagi rutinnya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk rawatan.
Menurut ibunya, Noor Athirah Abdullah, 25, anak ketiga daripada empat beradik itu dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia 18 bulan selepas mata sebelah kanan dan buah zakarnya membengkak.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #BuahPinggangBocor #DarahTinggi