Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MEI 2024

Menteri Besar Pahang memfailkan afidavit, menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas perdana menteri itu menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.

Datuk Seri Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM, dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/666882/berita/semasa/mb-pahang-sokong-permohonan-najib-isu-tahanan-rumah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #TahananRumah #NajibRazak #MBPahang