Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 5 petang Isnin. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 5 petang Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri sehingga jam 5 petang Isnin.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook berkata, antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

"Di Johor pula melibatkan Pontian, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sarawak pula membabitkan Limbang (Lawas).

"Selain itu, di Sabah melibatkan beberapa daerah di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Kota Marudu)," katanya.

MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan pada jam 2.15 petang itu apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku lebih daripada sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!