Razien buktikan pelajar disleksia boleh cemerlang SPM

Muhammad Razien (kanan), bersama ibunya, Rahmah Daud.
Muhammad Razien (kanan), bersama ibunya, Rahmah Daud.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pelajar yang mengalami masalah disleksia, Muhammad Razien Ismail, 17, berjaya membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuknya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Malah menurut anak bongsu daripada empat beradik yang memperoleh 7A dalam SPM, dia juga tidak pernah merasakan dirinya berbeza berbanding pelajar lain.

"Saya anggap saya sama sahaja dengan mereka. Saya ada kerusi, pen dan pensil sendiri. Jadi saya anggap saya dan pelajar-pelajar lain sama sahaja.

"Bila tengok keputusan SPM banyak A (1A+, 2A-, 4A, 1B+, 1E), pada mulanya saya terkejut dan tidak percaya, takut salah nama.

"Pada awalnya saya sasar tiga atau empat A sahaja dan paling tinggi pun sejarah dapat A+, tapi bila tengok keputusan di website saya terkejut. Saya tunjuk kat ibu, ibu pun terkejut," katanya kepada pemberita ketika ditemui rumahnya pada Isnin.

Muhammad Razien dicium ibunya, Rahmah Daud selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.
Muhammad Razien dicium ibunya, Rahmah Daud selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Untuk rekod, Muhammad Razien merupakan lima calon istimewa orang kurang upaya (OKU) yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2023 yang diumumkan di Jabatan Pendidikan Negeri Johor pada Isnin.

Muhammad Razien turut berharap agar pelajar yang senasibnya juga mampu mendapat kejayaan lebih baik sebagai jaminan masa depan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ibunya, Ramnah Daud, 55, menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak bongsunya itu.

"Rasa bangga sebab kita tahu anak kita bagaimana. Kalau dia janji lulus pun saya syukur sebab dia istimewa tapi tidak sangka dia lulus cemerlang dan dapat pelajar terbaik.

"Memang bangga apabila usahanya membuahkan kejayaan. Mungkin orang lain (belajar) sekali dua kali, tapi dia kena gandakan lagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!