Pan-gon hampir menitis air mata gambarkan keadaan Faisal

Pan-gon (kiri) dilapor melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selasa lalu.
Pan-gon (kiri) dilapor melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selasa lalu.
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata keadaan Faisal Halim ketika mengenangkan kembali detik beliau melawat pemain itu di hospital baru-baru ini.

Menurutnya, insiden yang menimpa Faisal itu sangat menyedihkan selain berdoa agar Faisal cepat pulih daripada kelecuran tahap empat akibat insiden disimbah asid tersebut.

"Semasa saya melawatnya, saya tidak boleh melihat wajah dan badannya. Ia sangat menyedihkan.

"Saya tidak dapat bercakap dengannya dan dia tidak boleh bercakap dengan saya," ujarnya dalam keadaan suara tersekat-sekat selain turut tidak dapat menghabiskan kata-katanya semasa ditanya keadaan Faisal ketika beliau melawat pemain itu di hospital baru-baru ini.

Pan-gon ditemui pada hari pertama sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Isnin.

Sebelum ini, Faisal mengalami kelecuran tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu.

Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC itu terpaksa menjalani empat pembedahan untuk merawat luka lecuran itu dan keadaannya makin pulih selain sudah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!