'Mungkin masa PM pergi pasar tidak naik harga' - Hamzah

Hamzah
Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menempelak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya tidak menyedari berlaku kenaikan harga barang meskipun mengakui turun ke pasar dan warung- warung kecil setiap minggu.

Menurut Hamzah, walaupun tempat yang dikunjungi Anwar tidak berlaku sebarang kenaikan harga, hakikat tidak boleh dinafikan bahawa ramai rakyat terkesan dengan peningkatan harga barangan ketika ini.

“Dia (Perdana Menteri) kata saban minggu pergi warung-warung kecil, pasar. Takkan la macam itu Perdana Menteri.

“Kalau tiap-tiap minggu (Anwar) pergi (warung kecil dan pasar) tetapi tidak tahu harga barang naik, masalah negara ini.

“Anwar, mungkin masa kau pergi pasar itu tidak naik harga, tetapi sekarang ini rakyat di seluruh negara sudah beritahu harga barang naik, tolong lah Anwar,” katanya dalam siaran video di Facebook beliau pada Isnin.

Sebelum ini, media melaporkan Hamzah mencadangkan supaya Anwar turun ke pasar basah di sekitar ibu negara bagi meninjau kenaikan harga barang yang membebani rakyat.

Pada Ahad, media melaporkan Anwar menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.

Anwar berkata, setiap kali bertemu rakyat, beliau akan bertanya masalah mereka terutamanya berkaitan harga barangan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!