Gol akrobatik Garnacho dinobat terbaik EPL

Garnacho mejaringkan gol menakjubkan seawal minit ketiga semasa aksi EPL menentang Everton pada September lalu. Foto: Agensi
Garnacho mejaringkan gol menakjubkan seawal minit ketiga semasa aksi EPL menentang Everton pada September lalu. Foto: Agensi
A
A
A

PENYOKONG Manchester United yang masih segar dengan kemenangan Piala FA pada Sabtu lalu diceriakan lagi apabila jaringan penyerangmuda, Alejandro Garnacho semasa menentang Everton dinobat sebagai gol terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Gol menerusi sepakan akrobatik pemain berusia 19 tahun itu dijelmakan seawal minit ketiga semasa aksi EPL di Goodison Park pada 27 November tahun lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Garnacho tenang menyambut hantaran silang Diogo Dalot dan melepaskan rembatan di udara sebelum bola menerjah masuk ke penjuru gol melepas penjaga gawang, Jordan Pickford.

Garnacho meraikan jaringan tersebut dengan berlari ke penjuru padang melakukan 'siu' iaitu gaya meraikan jaringan yang sinonim dengan legenda kelab, Cristiano Ronaldo.

Gol sepakan gunting itu hampir menyamai jaringan mengagumkan Wayne Rooney ketika derbi Manchester menentang Manchester City pada tahun 2011.

Untuk rekod, Garnacho yang pernah dirantai pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam turut menjaringkan go ketika United menewaskan City 2-1 pada aksi final Piala FA di Stadium Wembley.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!