'Berlumba dengan masa selamatkan 2,000 penduduk tertimbus'

Penduduk menggali tanah runtuh untuk mencari saudara mara yang tertimbus sejak Jumaat lalu. - AFP
Penduduk menggali tanah runtuh untuk mencari saudara mara yang tertimbus sejak Jumaat lalu. - AFP
A
A
A

PORT MORESBY - Anggota penyelamat sedang bertungkus-lumus mencari mangsa yang masih terselamat selepas tanah runtuh memusnahkan perkampungan di Papua New Guinea (PNG) yang dikhuatiri mengorbankan 2,000 orang.

Kampung yang terletak di lereng bukit di wilayah Enga dilaporkan ranap sepenuhnya selepas Gunung Mungalo runtuh pada awal pagi Jumaat ketika penduduk sedang tidur.

“Sudah tiga hari dan tujuh jam sejak bencana ini berlaku dan kami sedang berlumba dengan masa untuk menyelamatkan mangsa,” kata Pegawai Agensi Migrasi, Serhan Aktopak.

Pegawai Pasukan Pertahanan PNG, Micheal Band memberi taklimat kepada penduduk di perkampungan Mulitaka. - AFP
Pegawai Pasukan Pertahanan PNG, Micheal Band memberi taklimat kepada penduduk di perkampungan Mulitaka. - AFP

Difahamkan, pasukan penyelamat sedang bertugas dalam keadaan yang merbahaya.

“Batu masih jatuh dan tanah sedang bergerak.

“Keadaan semakin buruk apabila terdapat air bawah tanah yang mengalir bawah serpihan sehingga menyebabkan permukaan tanah menggelongsor turun,” tambahnya.

Anggota keluarga berkumpul di atas kediaman mereka yang ranap dibadai tanah runtuh di perkampungan Mulitaka, Papua New Guinea. - AFP
Anggota keluarga berkumpul di atas kediaman mereka yang ranap dibadai tanah runtuh di perkampungan Mulitaka, Papua New Guinea. - AFP

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, kira-kira 250 rumah berhampiran telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga jika runtuhan berlaku semula.

Pada awalnya, pemimpin tempatan dan agensi bantuan menjangkakan hanya 100 hingga 300 orang dikhuatiri maut di bawah runtuhan yang dianggarkan berkeluasan empat padang bola sepak.

Tetapi, anggaran meningkat kepada 2,000 orang selepas pemimpin tempatan dan pasukan penyelamat menyedari jumlah itu semakin tinggi.

Jentera berat sedang melakukan proses menggali dan memindahkan batu besar yang menghempap perkampungan Yambali di wilayah Enga. - AFP
Jentera berat sedang melakukan proses menggali dan memindahkan batu besar yang menghempap perkampungan Yambali di wilayah Enga. - AFP

Sejak awal tahun ini, PNG mengalami beberapa siri gempa bumi, banjir dan tanah runtuh.

Lebih daripada 1,000 orang hilang tempat tinggal dan agensi bantuan menganggarkan bekalan makanan dan air turut terjejas dalam bencana itu. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!