Martial ucap selamat tinggal kepada Manchester United

Martial. Foto Agensi
Martial. Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG sensasi Manchester United, Anthony Martial akan meninggalkan juara Piala FA itu apabila kontraknya tamat pada akhir Jun, kata pemain kelahiran Massy, Perancis tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu yang memulakan karier senior bersama kelab Perancis, Lyon B tiba di Old Trafford dari kelab Ligue 1, AS Monaco pada 2015, telah menjaringkan 90 gol dalam 317 perlawanan untuk The Red Devils kendalian bekas pengendali gergasi Eredivisie Belanda, Erik ten Hag.

Bagaimanapun perkhabaran itu sudah dijangka, kerana dia bergelut dengan kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, selain tidak berada dalam skuad simpan dan utama Red Devils sejak berbulan-bulan.

Malah Martial yang pernah dipinjamkan ke kelab LaLiga Sepanyol, Sevilla pada 2022 juga tiada dalam senarai Red Devils ketika menjinakkan penyandang juara Manchester City, 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley baru-baru ini.

"Saya ingin ucapkan terima kasih dari lubuk hati kepada semua penyokong-penyokong Manchester United yang telah lakukan untuk saya selama ini.

"Chant, dorongan dan cinta anda kepada kelab adalah kenangan yang akan kekal terukir di hati saya selama-lamanya.

"Dengan penuh emosi saya ucapkan selamat tinggal kepada Manchester United selepas berbakti sembilan tahun luar biasa bersama kelab.

"Kini tiba masanya untuk saya membuka lembaran baharu dalam karier. Anda telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, semasa senang dan sukar. Semangat dan kesetiaan anda menjadi sumber motivasi berterusan dalam memajukan karier saya," katanya di Instagram.

Artikel Berkaitan:

Selain Martial, pertahanan Perancis, Raphael Varane juga menyatakan akan meninggalkan Old Trafford lebih awal pada Mei.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!